NADI eSukan LMS - Anti-Doping & Bahan Terlarang
11 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Oktober 2025, telah berlangsung NADI eSukan LMS - Anti-Doping & Bahan Terlarang. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 12:05 tengah hari sehingga pukul 12:30 tengah hari. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton video Anti-Doping & Bahan Terlarang. Peserta menonton objektif pembelajaran. Selain itu, peserta memahami maksud Doping, iaitu penggunaan bahan atau kaedah terlarang untuk meningkatkan prestasi, diambil dalam bentuk suntikan, pil, minuman atau ubat preskripsi dan melanggar etika dan undang-undang sukan.Seterusnya, peserta memahami contoh kesalah Doping seperti mengambil ubat presktipsi tanpa kebenaran perubatan, menggunakan bahan terlarang seperti amtetamin atau steriod, menggunakan dadah rekreasi ketika bertanding dan manipulasi sampel ujian. Akhir sekali, peserta mengetahui conoth bahan terlarang antaranya adalah stimulan, steriod, narkotik, ubat tidur, ubat tahan mengantuk dan bahan penambah fokus tiruan.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: